BORANG MAKLUMAT PENGGUNA

Kepada semua pelanggan Syarikat Air Darul Aman yang dihormati, Penggunaan e-Invois telahpun dikuat kuasakan dan dilaksanakan pada 01 Ogos 2024 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dalam usaha menyokong ekonomi digital. Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai. Manfaat e-Invois termasuklah:

...

Layari e-Invois untuk maklumat lanjut.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

PERAKUAN
Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan peralihan e-Invois yang lancar, pihak SADA meminta tuan/puan untuk mengemas kini maklumat yang diperlukan. Sila berikan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. SADA dengan ini memohon persetujuan tuan/puan dalam pengumpulan, pemprosesan, pendedahan dan perkongsian data peribadi anda merujuk kepada pelaksanaan E-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Pihak SADA akan mengumpul, memproses, mendedahkan dan berkongsi data peribadi anda berdasarkan Notis Privasi Perlindungan Data Peribadi Pengguna kami sebagaimana yang terdapat di Notis Privasi SADA.

Saya/Kami dengan ini bersetuju bahawa saya/kami telah membaca dan memahami kandungan Notis Privasi Perlindungan Data Peribadi Pengguna dan saya/kami membenarkan pengumpulan, pemprosesan, pendedahan dan perkongsian data peribadi saya/kami mengikut Notis Privasi SADA.